Saturday, October 24, 2009

kenapa agaknya?

Berkenaan tajuk diatas,saya sebenarnya tertanya-tanya apakah tujuan mereka?sekadar mainan atau bahan gurauan tapi hakikatnya mereka telah terjebak dalam zina??apakah benar??
Baru sebentar tadi saya menceroboh laman web yang sering digilai dan menjadi bualan para remaja sekarang iaitu myspace atau bisa diknali dgn ms.Selama ini,saya hanya mendengar tanpa mengetahui,namun kesempatan diberi oleh seorang sahabat supaya menggunakan profilenya saya gunakan sebaik mungkin.
Hasilnya??Gambar-gambar empunya ms terpapar disana-sini lantas persoalan demi persoalan timbul difikiran saya.terlalu banyak.
Kenapa agaknya mereka berbuat begitu?tidakkah timbul perassan malu atau jelek dihati mereka.Baik.Saya cuba letakkan diri saya ditempat mereka.Tujuannya(setelah stengah jam memerah otak memikirkan mengapa mereka berbuat demikian dan hasil soal jawab dengan beberapa empunya ms)

-sebab nak bagi orang tengok kecantikan aku(biasanya ditagged gambar tersebut dengan ayat-"cun x aku?" atau "comel x?")

-supaya diri lebih dihargai,dikenali dan popular

-happy sebab at last ade jugak org bagi komen!!(selama ini tiada siapa perasan akan kehadirannya didalam sesawang ms)

Saya jawab,
Adakah kecantikan yang diberi Allah untuk ditayang kepada semua orang??Tidak!!Janganlah kamu bangga dengan kecantikanmu yang menjadi anak panah syaitan.Sedarlah dari lena.Gambarmu hanya halal dilihat bagi orang yang benar2 berhak melihatnya.Saya tahu saya tiada hak untuk menilai orang tapi jika sudah seperti itu,apakah gamaknya?Kadang rasa malu juga mendengar rintihan kaum adam yang tidak putus2 merayu supaya jagalah mengheret mereka ke neraka kerana fitnah wanita.Bertambah lagi malu saya apabila kebanyakannya adalah pelajar sekolah agama!!bagi ibubapa,pelaburan mereka untuk anak2 mereka dibalas dengan ini??Mungkin kepada pelajar agama,adalah menjadi suatu yang amat memalukan jika mereka memahami dan mempelajari agama.Dan acap kali mereka merasakan bahawa kehadiran mereka tidak dirasai.Baik.HAYATI ayat di bawah

perempuan yang baik hanya untuk lelaki yang baik
PASTI.Janji itu pasti.Usah ragu.Tidak berbaloi menggadaikan maruah diri hanya untuk dihargai kerna ketahuilah nescaya ada tiga golongan yg terdapat dimuka bumi ini iaitu-

1)masyhur fi dunia wa masyhur fil akhirat(terkenal didunia dan diakhirat-spt rasulullah



2)majhul fi dunia wa masyhur fil akhirat(tidak dikenali didunia tapi namanya dikenali oleh semua malaikat-contohnya saad,seorang hamba berkulit hitam,lebih hitam dari bilal bin rabah)


3)masyhur fi dunia wa majhul fil akhirat(terkenal didunia tetapi tidak dikenali sama sekali diakhirat-misalnya firaun)
4)majhul fi dunia wa majhul fil akhirat(misalnya,sama2 kita muhasabah)
Jadi anda pilih anada mahu yang mana?Tepuk dada tanya iman.Jawapan di tangan anda.Oh ya.Sebelum terlupa,saya ada katakan perbuatan ini zina.YA!kerana apa?kerana zina mata juga adalah salah satu dari cabang zina.Mungkin akan dikupas satu masa nanti-dengan izin Allah jua.
Wallahua'lam.