Saturday, January 21, 2012

Menjunjung Sirah, Membumi Ibrah


بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah, akhirnya diberi kesempatan untuk menulis setelah berjuang dalam medan imtihan selama 3 minggu dan berjuang pula untuk terus survive dalam mukhayyam khariji walaupun tewas untuk sampai ke penghujung mukhayyam. Terlampau banyak untuk saya kongsi tentang mukhayyam ini. Banyak benda saya belajar, banyak hal yang saya mengetuk pintu hati saya ibarat beduk diketuk, tersedar dari lena.

'clue'

Paling terkesan di hati adalah misi menyempurnakan 'The Amazing Race KL', 10 hours non stopmission. Fuh, memang mencabar untuk saya yang kurang suka pada cabaran. Sepanjang 1o jam ini, macam2 saya rasa. Satu demi satu task disempurnakan, setiap satu punya ibrah tersendiri buat saya terjatuh, tergolek, bangun semula, tersungkur balik, dan akhirnya bangun semula.

Task yang paling mencabar bagi saya serta ahli kumpulan bilamana kami dikehendaki untuk promote insan yang paling unggul peribadinya, uswatun hasanah, baginda Rasulullah sollallahu 'alaihi wasallam di tengah khalayak ramai. Lokasinya, di Masjid India. Kami diberi kebebasan untuk menggunakan kreativiti masing2. Strategi kami, buat poster. Belum pun mula buat poster, ada seorang pak cik datang bertanya, "Adik nak buat demo ke?" Aduh, baru masuk strategi tidak masuk pelaksanaanya lagi. Hati mula merintih. Malu mula menguasai diri. Bagaimana nak mulakan? Malu.

ni poster orang lain. saya 'curi' :)

Untuk buktikan kami dapat meraih responden, kami meminta tandatangan orang yang lalu lalang sebagai tanda mereka juga bersetuju bahawa Rasulullah sollallahu 'alaihi wasallam insan yang unggul. Okey la. Tak de la malu sangat. Just minta tandatangan. Hati mula meraut lega. Dua tiga orang mula menghampiri dan menurunkan tandatangan. Bila saya rasa saya dah hampir sempurnakan tugasan, tiba2, kakak fasi menegur,

"Apa sebenarnya matlamat korang? Hanya meminta tandatangan tanpa manyampaikan walau satu ayat tentang Rasululllah sollallahu 'alaihi wasallam? Fikir balik."

Tup. Terus masuk dalam hati. Rasa macam kena panah kilat. *jazakillah keapda akak fasi yang menyedarkan kami tujuan sebanar tugasan ini* Alhamdulillah, selepas itu kami berusaha menyampaikan apa yang kami tahu, sebaik mungkin kepada responden. Rasa malu mula menghilang. Hikmah dakwah secara berjemaah. Dan alhamdulillah, kami menerima maklum balas yang amat memberangsakan. Ada satu masa, kami pula yang menerima nasihat.

Disini saya sedar realiti dunia dakwah yang sebenar, bagaimana strategi untuk menyampaikan kepada target yang berbeza. Dalam beberapa responden yang kami terima, tidak semua menerima. Itu lumrah dalam dakwah. Ada yang menolak, hatta ada yang tidak kenal siapakah nabi Muhammad sollallahu alaihi wasallam! Cabaran disitu untuk anak muda seperti saya yang masanya hanya diluangkan untuk dirinya, tenaganya disumbangkan untuk badan sendiri dan fikirannya hanya tumpah untuk menyelesaikan masalah peribadi yang sebnarnya perkara remeh, yang sebelum ini berada dalam ruang selesa, biah solehah tanpa mengambil tahu dunia luar yang lebih memerlukan kudrat dirinya. Ya, satu cabaran buat saya. Ini, salah satu resolusi saya setelah melalui mukhayyam 4 hari 3 malam yang penuh dengan catatan ibrah dari sirah.

Banyak yang saya ingin sampaikan sebenarnya tentang mukhayyam ini. Ibrah yang saya dapat tidak terungkap hanya dengan menulis post singkat ini. Walaupun singkat, namun ada harapan besar disebaliknya. Moga kalian juga terkesan dengan ibrah ini. Biiznillah.

*maaf. bahasa jadi tunggang terbalik padah lama tidak menulis. harapnya kefahaman tidak begitu*