Friday, May 17, 2013

Terima atau beri

Erti hidup pada memberi.

Agak susah sebenarnya nak selami. Lagi susah nak apply. Susah. Memang susah. Tapi lama2, pergh. Baru tau kuasa kata-kata ni.

Sedar atau tidak, kita selalu berasa sedih, kecewa bilamana apa yg kita harapkan are not up to our expectation. Kita mengharap, bila kita dah beri yg terbaik, kita akan dapat yg terbaik dari mereka. Kita mahu, sepertimana kita layan mereka dgn layanan yg superb, mereka juga akan layan kita seperti itu.

Hah. 
Itulah, bila kita beri untuk kita terima, erti hidup kita bukan lagi pada memberi tapi menerima!

Bila semua expectation itu dilepaskan atau disandarkan pada Dia, bila anda tidak menerima, anda tiada rasa. muahaha. Life goes on. Nothing on that matters on you. Dan anda tidak takut untuk memberi lagi bahkan anda akan rasa utk lebih banyak memberi.

Tiada lagi kesedihan. Bila kita tidak menerima apa2 atau mereka tidak memberi apa2 pada kita. *apa2 itu agak sadis. Wujud unsur keterlampauan (extreme) di situ*

Tiada lagi resah gelisah bila harapan itu di divert kan kepada Dia.

Tiada. Tiada.

Hanya bila anda faham erti hidup pada memberi. Memberi. Memberi.
Bukan menerima.





Wednesday, February 6, 2013

"Futurnya di tengah perjalanan adalah kerana fasadnya di permulaan"


kerana itu pentingya niat.




Sem baru. Azam baru. Semangat baru. Semoga Allah mudahkan urusan saya dan kalian.



Minggu pertama. Bismillah. Langkah bermula~

Friday, January 25, 2013

Hidayah itu milik Allah dan milik Allah sahaja. Sebagai seorang dai'e, menjadi tanggungjawab kita untuk menyebarluaskan chentaNya dan firmanNya yang mulia.

Kemudian, berserahlah kepada Allah, agar Dia bukakan pintu hati-hati di luar sana. Kita? Hanya berusaha. Andai berjaya, alhamdulillah. Jika tidak? Jangan sesekali berputus-asa.

Bukankah Abu Talib, bapa saudara kesayangan Nabi itu sendiri sehingga ke akhir hayatnya tidak beriman kepadaNya dan baginda..? Bayangkan betapa luluh dan pedihnya hati baginda terpaksa berhadapan dengan situasi sebegitu. Dan bayangkan pula, tohmahan dan kejian yang terpaksa dihadapi baginda, kerana bapa saudara sendiri tidak beriman dengan risalah yang dibawanya.

Tapi adakah itu mematikan semangat dan keazaman baginda untuk menegakkan al-Haq di muka bumi Allah ini? Tidak. Tidak sekali-kali.

Jangan sesekali biarkan iblis laknatullah a'laih mematikan semangat kita untuk terus laju bersama gerabak tarbiyah dan dakwah ini. Kerana dia pastinya gembira, bertepuk tangan teruja apabila melihat kita mula mengisi borang alumni ikhwah, dek kechiwa dengan ketidakberhasilan dakwah yang kita bawa. Astaghfirullah..

Pada masa yang sama, pada anda yang 'berjaya' dan mudah sekali menjerat dan menangkap mad'u-mad'u di luar sana, ketahuilah, semuanya itu daripada Allah. Jangan biarkan syaitonirojim memasukkan jarum-jarum halus ke dalam hati, sehingga terlintas pada fikiran kita:

"Oh terernya aku bawak usrah. Tengok sume anak usrah aku menjadi!"

"Perggh aku memang haibat ah DF orang nih! Semua orang yang aku DF pon mata bersinar-sinar jeh nak ikut aku! Walawww!"

"Alhamdulillah, menjadi jugak sentuhan aku. Diorang ni patut berterima kasih kat aku. Kalau bukan aku, takdenya Makcik Hidayah nak langgar dorang ni!"

Allahu allah. Astaghfirullah... T..T

Lupakah kita pada firmanNya yang mulia?

""Sungguh engkau tidak dapat memberi petunjuk kepada orang yang engkau kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk kepada orang yang Dia kehendaki., dan Dia lebih mengetahui orang-orang yang mahu menerima petunjuk."
[al-Qasas, 28:56]

Hidayah itu sungguh milikNya. Kita yang marhaen lagi hina ini, hanya berusaha. Jangan biarkan amalan yang sudah kita bina bertahun lamanya itu, berkecai sekelip mata dek keangkuhan, keegoan dan kebodohan diri kita. Geleng kepala.

Andai kita mati sekalipon tanpa berjaya mengislahkan sesiapa, dan kita tahu kita telah berusaha sebaiknya, ketahuilah, usaha itu yang Allah akan nilai sebagai tiket kita ke sorga. Usaha itu..!

Maka teruskan bekerja. Kerana Allah pasti akan melihat pekerjaan kita.

Ayuh!


#angelwearsgucci








Orang selalu sebut, dan ianya benar. Kalau tulisan itu dari hati, maka hatilah yang akan disentuh. Kalau bacaan yang di baca tersentuh ke hati, dikopi pes, adakah sama? Yang penting usaha. Dari tinggalkan bersawang. *uhuk.