Friday, May 18, 2012

Sejuk Beku



Semalam, saya buka puasa degan air tin, ice lemon tea. Alhamdulillah. Sejuk. Sedap. Tanpa ais. Macam mana boleh sejuk? Begini, saya yang telah malas untuk turun ke cafe semata-mata untuk membeli ais telah mengambil inisiatif untuk menyejukkan air tin dengan cara ;

1. Tadah air 'water cooler' (of course yg sejuk) dalam satu bekas.

2. Kemudian, masukkan air tin tadi dalam bekas yang sudah berisi air.

3. Langkah yang terakhir, tutup bekas tersebut supaya wap air sejuk tidak keluar(?) *oh. saya bukan budak sains. Jadi tak tahu apa istilahnya. kondensasi mungkin?


Dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim, saya berharap air water cooler yang sejuk itu dapat menyalurkan kesejukannya kedalam air yang ada berada didalam tin. Kawan saya tanya, "Boleh sejuk ke?" Saya jawab, "InsyaAllah, boleh." sambil terseyum kepadanya. Saya agak yakin sebab cara ni memang berkesan. Saya pernah cuba masa di Asrama dulu. Menjadi :)

Jangan pelik dulu. Post kali ni bukanlah tentang cara-cara menyejukkan air tanpa ais, tanpa peti ais (walaupun secara tidak langsung, saya telah berikan cara-caranya. hehe). Ia sebenarnya adalah tentang saya. Atau lebih tepat tentang dalaman diri saya. Apa yang berlaku kepada air tin tersebut, itulah yang sedang berlaku kepada diri saya. Semakin 'sejuk'. Sebab itu jarang update blog. *alasan :p

Duduk dalam suasana begini, di tempat ini, biah yang begini, sangat menguji saya sehingga saya tidak sedar saya sebenarnya sedang diuji! Mula-mula masuk ke tempat ini, saya seperti terkena kejutan budaya. Pergaulan bebas sana-sini. Kemungkaran sana-sini. 'Panas' hati saya waktu itu, hanya Allah sahaja yang tahu. Mahu sahaja kaki ini diangkat melangkah keluar dari tempat ini. Itu, tahun pertama di sini. Lama-kelamaan, apabila saya semakin 'biasa' dengan keadaan ini, apa yang sepatutnya menjadi 'luar biasa' pada mulanya, telah menjadi 'biasa' pada saya. Saya tidak sedar keadaan ini. Bila ia berlaku juga pastinya saya tidak sedar. Dan ini adalah sesuatu yang luar biasa!

Berada di sekeliling kawan yang hidupnya agak bersosial kerana mereka 'grow up' dalam suasana begitu tapi masih menjaga batasan, menjaga solat, tadabbur al-quran juga osem, Saya sebenarnya semakin bingung. Apakah pendekatan yang patut saya ambil? Lemah-lembut sehingga prinsip saya tergadai? Atau pendekatan yang keras sehingga saya takut untuk didekati? Lantas, saya tahu saya perlu ambil jalan pertengahan. Konsep wasatiyy perlu diaplikasikan. Tidak mudah. Memang tidak mudah. Saya perlu menyusup ke dalam hati-hati mereka. Berlapang dada dengan sesetengah perkara namun tegas dalam menegakkan prinsip yang jelas kepada mereka.

Alhamdulillah. Mereka menerima saya. Meminta pendapat dalam sesetengah perkara. Mereka pada saya tiada masalah. Yang masalahnya saya! Melihat seorang lelaki bersama beberapa orang perempuan didalam sebuah kereta, melihat sekumpulan lelaki perempuan makan semeja, bergurau semacam kawan biasa, hati saya tidak menjadi se'panas' dahulu. Kini ia semakin 'sejuk'. Sesejuk air tin ice lemon tea. Hati saya telah rosakkah? T.T

Arghh! Saya benci keadaan diri saya yang macam ni.

Seperti air tin yang mulanya tidak sejuk, hati saya juga pada mulanya panas.

Kemudian air tin itu direndam dalam air sejuk. Hati saya juga di'rendam' dalam biah yang begini.

Setelah beberapa ketika air tin itu direndam, air tin itu akhirnya sejuk. Seperti hati saya. Sejuk!


Sejuk beku

Astaghfirullah. Sensitiviti saya semakin kurang. Saya telah secara pasif difitnah dengan kebiasaan mekihat perkara yang munkar sebegitu. Memetik kata-kata ustaz hasrizal. Dan saya sebenarnya beru tersedar akan ke'pasif'an hati saya setelah membaca salah satu bab dalam buku beliau.

Astaghfirullah. Astaghfirullah. Astaghfirullah.

Perisai

Cuma satu. Jika air tin yang direndam didalam bekas itu ditutup, hati saya yang sejuk ini, tidak ditutup. Kalau ditutup, makin ‘sejuk’lah jawabnya!

"Sesungguhnya serigala hanya membaham kambing yang memencilkan dirinya yang kumpulan yang besar"

Begitu pesan Nabi s.a.w mengenai peranan syaitan kepada manusia.

Lantas saya teringat pada pesan seorang sahabat. Di bumi mana pun nt pijak, sentiasa cari tiga perkara;

1. Jemaah

2. Orang Ramai

3. Masjid

Oleh itu, pesan saya pada diri,

Jangan sesekali asingkan dirimu! Kelak hatimu akan terlalu sejuk untuk di'sentuh'. Kerana telah dibaham sang 'serigala'!

p/s: Saya perlukan air panas nak cairkan hati saya yang sejuk beku ni. Siapa nak bagi?