Thursday, July 31, 2014

Hati Tisu

Aku selalu merasa penat menjadi seorang perempuan yang kisah semua benda. Dari sekecil-kecil hingga lah sebesar perkara. Sedih dengan diri sendiri pun ada. Bila diminta pendapat tentang sesuatu isu, dipermainkan. Perkara kecil, katanya.

Kadang apa yang dikatakan itu semacam benar. Tapi aku tetap tidak boleh lari dari memikirkan.

Orang putih kata,
Proud with who you are.

Macam mana nak buat entah aku pun konfius. Mungkin aku terlalu selfish dan belum cukup sibuk dengan hal tuhan sehingga mampu untuk memikirkan perkara sebesar atom. Hah *gelak sinis*

Melankolik.
Perempuan berhati tisu.

Friday, July 25, 2014

Confession #3

I.

Love.

You.

;)

Confession #2

Peristiwa tentang apa pun sudah dilupa. Tapi dialog masih terpahat di hati.

"Alhamdulillah, ana tak kena." aku menarik lafas lega.

Tak sempat nafas lega dilepaskan,

"Nt ni kan. Selalu bersyukur atas kesusahan orang lain."

Pap. Nafas lega masuk kembali. Tersentap sampai terkata apa. Seharian jugak aku menilai kembali diaolg itu dalam diam.

"bersyukur atas kesusahan orang lain" - Diulang2 sepanjang hari sehingga akhirnya konkulsi dapat dicapai.

Empati yang kurang dan penting diri yang tinggi.

Terima kasih untuk ini. Hanya salah satu dari infiniti ucapan yang kau ucapkan. Kerana setiap satunya merubah diri aku.

Terima kasih,
Kerana tak pernah berfikir dua kali untuk menegur aku.

"Be tender towards the fault of others, be strict towards your own" - quoted

And I think you treat me like your own. For that, I thank you and I love you, Love.

Confession #1

Cemburu selalu ada pada dia. Sebab terlampau sayang.

Yang sebenarnya, sejak kedua kali mengenali, aku pantang kalau dia ada orang lebih rapat dengan dia daripada aku. Walaupun orang tu biasa saja. Haha. Masa itu, aku akan keluarkan perangai2 pelik aku. Yang aku rasa dia sendiri tak faham kenapa aku macam tu. Realitinya, aku nak beritahu aku tak suka, tapi aku malu. Maka, jadilah begitu.

Untuk itu aku mohon maaf. Banyak-banyak. Dan terima kasih sebab bertahan.

Cemburu buta. Yang dulu.

Sekarang, gembira dia adalah gembira aku. Setiap kesedihan dia, walau aku tak tahu, aku hanya pinta tuhan jagakan dia, untuk aku.

Aku fikir, pengalaman telah mematangkan kita. Walau tidak banyak, sedikit pasti ada.

Sunday, July 20, 2014

lost.

"Bagaimana mampu wujud
Sunyi di riuh engkau berdiri
Satu per satu hilang ertinya
Berdikit-dikit menyesak dada mahu kau lari dan bersembunyi
Tapi mana kau harus pergi"

Yang hilang ertinya, aku kira bila di ramai kita lain, bila sendirian kita lain. Dan aku fikir kembali yang segala apa aku tengah lakukan apa hanya sekadar hammasah atau tersimpul sekali kefahaman dan fikrah yg jelas. Dan aku hilang dalam pergelutan ini.

"Kau selongkar bumi langit pertala
Sedang jawabnya lama kau ada
Maka perlu apa kau bongkar gali
Kalau cuma di letak tepi

"Apa kau cari yang sebetul-betulnya
Lama mana begini
Bertelanjang jiwanya
Apa kau cari yang sesungguh-sungguhnya
Malam siang berganti
Jawabnya tetap sama"

Aku kira, aku perlu mengatur langkah perlahan. Walau tahu ini bukan masanya, tapi aku perlu. Kerna aku penat menjadi dua muka. Hakikatnya aku sudah terlalu jauh. Jauh dari tuhan tapi berselindung di balik bayangan realiti yg hanyalah imaginasi.

Mungkin jawapan sudah ada tapi aku yang buat tak endah. Apa guna kau mencari andai sebtulnya tuhan belum betul hadir dalam setiap perbuatan?

"Sayu tak terjelas fikiran
Rebah tak tersambutkan
Kau tahu
Kau sayu
Kau rindu
Sama Tuhan"

Slowly slow. Semoga aku sampai.


P/s: yg dalam (") itu lirik lagu fynn jamal-tahu. Yg sangat menggambarkan realiti manusia. Kita.


Tuesday, July 1, 2014

"When you judge others, you do not define them, you define yourself” ― Earl Nightingale

Tidur mek. Esok kerjaa.

Bekerja dalam dunia korporat bukanlah seindah yang disangka.
Itu jadi bila dipisahkan satu2. Err sekular? Entah. Sigh.

Rindu belajar. Rindu lecturer.

Bersesak sesak di pagi dan petang hari adalah memenatkan. Malam dunia.

Err. Kaitan quote dengan bebelan? Tiada.

Malam sekali lagi.