Friday, May 17, 2013

Terima atau beri

Erti hidup pada memberi.

Agak susah sebenarnya nak selami. Lagi susah nak apply. Susah. Memang susah. Tapi lama2, pergh. Baru tau kuasa kata-kata ni.

Sedar atau tidak, kita selalu berasa sedih, kecewa bilamana apa yg kita harapkan are not up to our expectation. Kita mengharap, bila kita dah beri yg terbaik, kita akan dapat yg terbaik dari mereka. Kita mahu, sepertimana kita layan mereka dgn layanan yg superb, mereka juga akan layan kita seperti itu.

Hah. 
Itulah, bila kita beri untuk kita terima, erti hidup kita bukan lagi pada memberi tapi menerima!

Bila semua expectation itu dilepaskan atau disandarkan pada Dia, bila anda tidak menerima, anda tiada rasa. muahaha. Life goes on. Nothing on that matters on you. Dan anda tidak takut untuk memberi lagi bahkan anda akan rasa utk lebih banyak memberi.

Tiada lagi kesedihan. Bila kita tidak menerima apa2 atau mereka tidak memberi apa2 pada kita. *apa2 itu agak sadis. Wujud unsur keterlampauan (extreme) di situ*

Tiada lagi resah gelisah bila harapan itu di divert kan kepada Dia.

Tiada. Tiada.

Hanya bila anda faham erti hidup pada memberi. Memberi. Memberi.
Bukan menerima.