Tuesday, September 2, 2014

Merasa kehilangan yang amat menggembirakan tapi menyedihkan. Lumrah hidup aku kira.

sobs.

Monday, August 18, 2014

Such a weird relationship. We rarely share secrets or moments in our life. Instead, we just give hints. No such details and what not. Just hints.

But we still stick together.

Aren't we weirdo?

We may not same as the ideal bff, but i know there is a special place in our heart that keep us attached together. and there's one thing for sure that cherish our relationship.

Du'a.

Sunday, August 17, 2014

Lepas subuh, baring disebelah. Sambil mendengar alunan bacaan al quran. Ahh. I miss this moment sooo much.

Glad that i could hear it. Alhamdulillah.

Friday, August 15, 2014

Mendekati di hujung-hujung usia pelajar undergrad, melewati prencangan rakan-rakan, semuanya mahu sambung belajar. Master omputih kata. Sarjana meleys kata. Lengkap segala perancangan. Universiti apa, course apa, bila, dimana.

Tapi aku?

Duduk diam. Mahu bekerja. Malas belajar.

Orang seperti ini, pendek angan-angan, singkat cita-cita.

Nanges.


Are you matured enough?

Maturity is not one thing, rather it is a harmonious blend of many things. 

  • Physical maturity (puberty) 
  • Mental maturity (how you view the world)
  • Emotional maturity (how you control your emotions)
  • Spiritual maturity (how you are with God)
  • Material maturity (having survival skills, like cooking)
  • Intrapersonal maturity (how you are with yourself)
  • Interpersonal maturity (how you are with people), etc.
Checked all of these, test your maturity before you 'gatal' nak kahwin. Ha Ha.

Nice to ponder. By Aiman Azlan.

Tuesday, August 12, 2014

As we grow older, we realize that we can't keep everyone close to us. People tend to move away and meet new people.

Time flies and friends are slowly become strangers. Sometimes the old memories can keep us closer. Though only inside our minds.
Sekali hati terjentik,
Terus air mata menitik.

- budak sensitif, 12 Ogos 2014, 3.27pm
Dulu selalu baring atas riba mama secara tiba2, pastu tenung lama2. Mama senyum, aku senyum. Lama-lama mama pelik.

"Ni kenapa? Nak susu?"
*gelak*

"Saja pandang mama.. kan dapat pahala.."

Mama senyum terharu. Speechless. Itu yg aku suka. Buat mama tersipu malu.

1 saat, 2 saat, 3 saat..

"Hish tepii, mama nak lipat baju nii" padahal aku tahu, mama nak cover malu.

*gelak. Bangun, sambung lipat baju sama2*

Rindu.

Monday, August 11, 2014

Dunia politik yang menampakkan pelbagai ragam.

Teori 'PMH PMA" untuk menerangkan situasi sekarang amat melucukan tetapi ia realiti yang harus di telan. Politik matang yang dialaungkan sekadar slogan?

'Padan muka hang, padan muka aku'

Ha   ha   ..

Friday, August 8, 2014

Rasa macam terlalu pentingkan diri sentiasa. Dan semakin ramai yang meninggalkan. Dan yang tinggal pun semakin meninggalkan.

Sedih amat sangat. Tapi terima sahaja. Lumrah dan fitrah untuk tidak bertahan untuk orang semacam aku.

Untuk setiap mereka yang telah dan akan meninggalkan, doa sentiasa bersama.
Semoga Allah memelihara kalian.

Maaf, kerana ungkapan maaf pun tidak terkeluar.
Maaf, kerana telah berjumpa orang semacam aku.
Maaf, kerana aku telah memasuki memori kamu.

Ketahuilah, dalam setiap fasa aku mementingkan diri itu, seseungguhnya aku telah berusaha sedaya mungkin. Cuma, aku terlalu malu untuk memaklumkan usaha itu.

Untuk itu, aku faham.
Terima kasih kerana telah menjadi sebahagian memori hidup.


Wednesday, August 6, 2014

Water

Empty your mind
be formless
shapeless
like water
you put water into a cup
it becomes the cup
put it into a teapot
it becomes the teapot
water can flow or creep or drip or crash
be water my friend

-Bruce Lee-

Thursday, July 31, 2014

Hati Tisu

Aku selalu merasa penat menjadi seorang perempuan yang kisah semua benda. Dari sekecil-kecil hingga lah sebesar perkara. Sedih dengan diri sendiri pun ada. Bila diminta pendapat tentang sesuatu isu, dipermainkan. Perkara kecil, katanya.

Kadang apa yang dikatakan itu semacam benar. Tapi aku tetap tidak boleh lari dari memikirkan.

Orang putih kata,
Proud with who you are.

Macam mana nak buat entah aku pun konfius. Mungkin aku terlalu selfish dan belum cukup sibuk dengan hal tuhan sehingga mampu untuk memikirkan perkara sebesar atom. Hah *gelak sinis*

Melankolik.
Perempuan berhati tisu.

Friday, July 25, 2014

Confession #3

I.

Love.

You.

;)

Confession #2

Peristiwa tentang apa pun sudah dilupa. Tapi dialog masih terpahat di hati.

"Alhamdulillah, ana tak kena." aku menarik lafas lega.

Tak sempat nafas lega dilepaskan,

"Nt ni kan. Selalu bersyukur atas kesusahan orang lain."

Pap. Nafas lega masuk kembali. Tersentap sampai terkata apa. Seharian jugak aku menilai kembali diaolg itu dalam diam.

"bersyukur atas kesusahan orang lain" - Diulang2 sepanjang hari sehingga akhirnya konkulsi dapat dicapai.

Empati yang kurang dan penting diri yang tinggi.

Terima kasih untuk ini. Hanya salah satu dari infiniti ucapan yang kau ucapkan. Kerana setiap satunya merubah diri aku.

Terima kasih,
Kerana tak pernah berfikir dua kali untuk menegur aku.

"Be tender towards the fault of others, be strict towards your own" - quoted

And I think you treat me like your own. For that, I thank you and I love you, Love.

Confession #1

Cemburu selalu ada pada dia. Sebab terlampau sayang.

Yang sebenarnya, sejak kedua kali mengenali, aku pantang kalau dia ada orang lebih rapat dengan dia daripada aku. Walaupun orang tu biasa saja. Haha. Masa itu, aku akan keluarkan perangai2 pelik aku. Yang aku rasa dia sendiri tak faham kenapa aku macam tu. Realitinya, aku nak beritahu aku tak suka, tapi aku malu. Maka, jadilah begitu.

Untuk itu aku mohon maaf. Banyak-banyak. Dan terima kasih sebab bertahan.

Cemburu buta. Yang dulu.

Sekarang, gembira dia adalah gembira aku. Setiap kesedihan dia, walau aku tak tahu, aku hanya pinta tuhan jagakan dia, untuk aku.

Aku fikir, pengalaman telah mematangkan kita. Walau tidak banyak, sedikit pasti ada.

Sunday, July 20, 2014

lost.

"Bagaimana mampu wujud
Sunyi di riuh engkau berdiri
Satu per satu hilang ertinya
Berdikit-dikit menyesak dada mahu kau lari dan bersembunyi
Tapi mana kau harus pergi"

Yang hilang ertinya, aku kira bila di ramai kita lain, bila sendirian kita lain. Dan aku fikir kembali yang segala apa aku tengah lakukan apa hanya sekadar hammasah atau tersimpul sekali kefahaman dan fikrah yg jelas. Dan aku hilang dalam pergelutan ini.

"Kau selongkar bumi langit pertala
Sedang jawabnya lama kau ada
Maka perlu apa kau bongkar gali
Kalau cuma di letak tepi

"Apa kau cari yang sebetul-betulnya
Lama mana begini
Bertelanjang jiwanya
Apa kau cari yang sesungguh-sungguhnya
Malam siang berganti
Jawabnya tetap sama"

Aku kira, aku perlu mengatur langkah perlahan. Walau tahu ini bukan masanya, tapi aku perlu. Kerna aku penat menjadi dua muka. Hakikatnya aku sudah terlalu jauh. Jauh dari tuhan tapi berselindung di balik bayangan realiti yg hanyalah imaginasi.

Mungkin jawapan sudah ada tapi aku yang buat tak endah. Apa guna kau mencari andai sebtulnya tuhan belum betul hadir dalam setiap perbuatan?

"Sayu tak terjelas fikiran
Rebah tak tersambutkan
Kau tahu
Kau sayu
Kau rindu
Sama Tuhan"

Slowly slow. Semoga aku sampai.


P/s: yg dalam (") itu lirik lagu fynn jamal-tahu. Yg sangat menggambarkan realiti manusia. Kita.


Tuesday, July 1, 2014

"When you judge others, you do not define them, you define yourself” ― Earl Nightingale

Tidur mek. Esok kerjaa.

Bekerja dalam dunia korporat bukanlah seindah yang disangka.
Itu jadi bila dipisahkan satu2. Err sekular? Entah. Sigh.

Rindu belajar. Rindu lecturer.

Bersesak sesak di pagi dan petang hari adalah memenatkan. Malam dunia.

Err. Kaitan quote dengan bebelan? Tiada.

Malam sekali lagi.

Monday, June 30, 2014

Benda sekeliling selalu buat aku jadi keliru. Mungkin pelbagai suasana persepsi pendapat prinsip kritik cadangan persoalan jawapan dan segala macam pandangan dari pelbagai sudut ruang dan segi yang aku terima tanya dan dipersoalkan buat jadi keliru. Tak tahu patut berpaut pada dahan yang mana. Salah tempat berpaut, dengan aku sekali terjatuh. Padahal tempat pautan masih berdiri teguh. Bila jatuh, salahkan dahan yang masih utuh bukan diri sendiri.

Betulkah itu, salahkah ini? Kenapa aku begini? Kenapa dia begitu? Cuba menjadi begitu, tiba2 hanyut. Yang pada awalnya teguh sekelip mata jadi goyah. Akhirnya sedar, aku sendiri ada tempat pautannya tersendiri. Cuma perlu yakin dan percaya.

Mengapa perlu jadi orang lain andai percaya diri ada value tersendiri? People will always be jugdmental, but then it is you that have to define yourself.



Tuesday, June 3, 2014

"Tiada kata lemah dalam diari seorang da’ie, apatah lagi malas melawan nafsu sendiri.  Bangkitlah! Kerah energi, raih prestasi. Pada-Nya tak lupa diserah, moga sepanjang usaha  demi Ilah."

Have to put this in my mind. Go go. Two more paperssss. Semangat!
Mohon doa dari sesiapa je yg terbaca post ni.

Sunday, May 25, 2014

Exam.
Betapa banyak masa diperuntukkan, tenaga dikerahkan. Kalaulah niat hanya utk exam, amatlah sia-sia segala pengorbanan. Kerugian yg besar. Tajdid niat selalu. Semoga Allah kekalkan dan tambahkan kefahaman, walau setelah exam berakhir. Semoga ada manfaatnya untuk ummah nanti.

Semoga.
Ameen.
Hai.
Keberadaan hanya salah satu syarat yang melengkapkan.

Diatas semua itu, aku tahu engkau sentiasa ada. Di celah ramainya manusia. Yang tersembunyi lebih berharga.

Dan aku simpan yg berharga utk tatapan aku seorang. Biar hanya aku tahu betapa berharganya engkau.

Pada diri aku.

Terbang terus sang kritis!
Akhawat,
Menengenali mereka, aku mengenal cinta.


Thank you for being there, for being my best support system.
All praise to Allah for giving me an opportunity to explore the uniqueness each one of you.

Kadang kita memandang kepada perkara besar,
sehingga terlupa perkara kecil.

Vice versa.

Tawazunlah.
Terlampau selesa pun susah juga. Hidup di dunia sendiri. Syok sendiri. Jadi baik sendiri.

Rugi.

Dunia ini luas. Ragamnya ramai. Pergilah explore!

Baru tahu realitinya bagaimana.
Bila ber zombie di tengah malam,
Tambah lagi di musim exam,
Beginilah jadinya.

Merepek. Sambil makan kerepek.
Ilmu tanpa fikrah, beku.
Fikrah tanpa ilmu, statik.

Kau ada dua-dua?
Itu osem.

Engkau rasa?

Andai engkau merasa amal engkau sekadar kosong tiada rasa,
Periksalah keikhlasanmu.

Andai engkau tercari-cari mana pergi sebuah keikhlasan,
Periksalah kefahamanmu.

fahm. ikhlas. amal

tiga serangkai yang akan terus menggerakkan.

#risalahtaalim #arkanulbaiah