Tuesday, October 25, 2011

Sudah usaha sudah,
Tuhan Yang Tidak Memberi,
tanda memang bukan untuk diri,
selesai tugas selesai,
yang tinggal adalah redha daripada hati.

Hati, redhalah.


redha.


redha.


redha.




susahnya untuk mendidik hati supaya redha :'(

doakan saya.

Friday, October 7, 2011

Ujian




Semua pernah dilanda ujian. Saya pernah. Anda juga pernah. Cuma bila dan bentuk apa ujian itu yang membedakan. Memang mudah untuk kita ungkap sabar dan yakin bilamana diri belum dilanda ujian tetapi bila sampai ujian itu pada diri kita, tap! satu tamparan hebat! seolah-olah kata-kata yang sering kita ungkapkan bila sahabat kita yang lain dilanda ujian berbalik semula pada diri kita.

Ya. Saya alami itu. haha. Rasa mahu gelakkan diri sendiri pun ada. Rupanya payah sungguh untuk menanam keyakinan bahawa ujian itu pasti ada hikmahnya. pasti. seribu kali ucapkan itu pun, keyakinan masih lagi senipis kulit bawang.
apakah? apakah hikmahnya? Ya Allah, tunjukkan.. Saya merayu.
Sedar akhirnya. Tidak perlu mencari jauh. Ada di depan mata. Satu yang pasti.

ALLAH AMAT MENCINTAI AKU.

Kadang-kadang manusia ini susah untuk menerima hakikat di depan mata. Mereka bertanya pada diri apakah hikmah aku diuji sebegini. Saya begitu. Bertanya. Jawapan telah tersedia tetapi sayang, saya menolak jawapan itu. Tidak puas dengan jawapan itu. Cuba mencari hikmah yang sesuai dengan kondisi dan keinginan diri sebenarnya. Kalau begitu bukanlah dinama ujian andai keinginan dipenuhi. Makanya, serasa mahu digelakkan diri ini. Manusia oh manusia.

Cuba untuk sabar. Yakin. Kadang goyah, kadang terus hilang
Tetapi, dalam itu saya juga sedar bahawa keyakinan itu sebenarnya tidak datang dengan sendiri tetapi diikuti dengan pelaksanaan dan amalan. Yakin semata tidak akan menjamin saya yakin selamanya. Ianya perlu diikuti dengan amalan yang membuktikan keyakinan. Kalam Allah telah diturunkan supaya kita lebih yakin, maka selaklah ia. Fahami. Hayati. Percayalah, saat itu anda pasti lebih yakin. Masalah yang membelenggu hilang dengan tersingkapnya jawapan di dalam kitab itu. Al-quran. Pasti keyakinan tidak makin goyah malah terus bercambah dan bercambah.

Konklusinya, saya dan anda yang mana kita semua adalah hamba, kita sebenarnya layak diuji.
Ya kita layak diuji setelah kita dakwa diri kita adalah hamba Allah. Setelah kita dakwa kita sudah menjaga hubungan kita dengan Allah. Setelah kita dakwa kita sedang berjuang dalam jalan dakwah. Setelah kita dakwa kita sudah sedaya upaya menjaga ikhtilat. Setelah semua dakwaan itu, kita pantas diuji.

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “kami beriman”, sedang mereka tidak diuji? [Al-Ankabut 29: 2]


Maka jangan bongkak seperti saya, bertanya, mencari sebab disebalik mehnah kerana kita sememangnya teramat sangatlah layak untuk diuji.



p/s: lama x menulis. idea ada tapi pelaksanaanya? takut jika ayat dari surah as-saff (61:3) terkena pada diri sendiri. dush2x. nauzubillahiminzalik. kena be ready :)