Friday, April 20, 2012

Mati dan Hidup


Hidup ini ada matlamat. Bukan sekadar menjalani kehidupan tetapi menghidupkan kehidupan.


“Maka apakah kamu mengira bahawa Kami menciptakan kamu main-main (tanpa ada maksud) dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?” (Al-Mu’minun:115)


Dan cara kita hidup menetukan cara kita mati. Kita boleh pilih cara kita mati dengan bentuk apakah hidup ini dijalani dan dihidupkan. It is your choice to choose!

Thursday, April 5, 2012

Persepsi

Sungguh, hidup ini penuh dengan persepsi. Persepsi orang pada kita dan persepsi kita pada orang yang lain. Senantiasa berlegar-legar didalam fikiran kita bak helikopter yang tiada tempat utk mendarat lagaknya.

Saya, dulu dan mungkin juga sekarang terlampau memikirkan persepsi mereka yang lain pada saya. Tapi kali ni saya nak fokus pada persepsi KITA pada orang lain. Bilamana kita melihat mereka, sekumpulan belia yang tidak menutup aurat secara sempurna baik lelaki mahupun perempuan, on the spot, kita akan menilai mereka secara negative. Err. Mugkin KITA itu patut diganti kepada SAYA kot. Sebab anda semua orang baik-baik. Tiada fikiran seperti saya yang nakal ni. Ya, saya memang fikir begitu. DULU.

Tapi setelah keluar dari kepompog yang selamat, aman damai lagi menyamankan, saya sedar mereka juga sebenarnya seperti saya. Malah, lebih baik daripada saya. Cumanya mereka tiada biah yang menyokong dan peringatan yang berterusan. Jauh disudut hati mereka, mereka sebenarnya inginkan perubahan. Tidak mahu terus hidup degan gaya begitu. Kadang-kadang saya terasa diperingatkan pua oleh mereka bila mana mereka melauahkan apa sebeanrnya keinginan mereka.

Ada yang sebenarnya ingin menutup aurat lebih sempurna tapi ibu ayah menghalang. Ada yang inginkan ilmu, inginkan usrah tapi tidak tahu hendak cari dimana dan ada pula yang pakaiannya nampak biasa-biasa sahaja dengan kehidupan yang lebih sosial tapi solatnya, masyaAllah, sentiasa di awal waktu. Bacaan al-quran dan solat sunat rawatib tidak pernah tinggal.

Mereka ini, perlu kita dekati dan selami jiwa mereka yang sebenar kerana perubahan mereka akan member impak yang amat besar dalam dunia tarbiyah. Mengapa? Kerana mereka ini lebih arif akan metodi untuk magubah dan masuk kedalam hati-hati mereka yang kosong dan inginkan pengisian. Kita pula tidak boleh terlampau jumud dan syadid dalam mendekati hati mereka. Dakwah itu universal. Ya, kadang-kadang anda akan tidak sabar dalam melayani kerenah mereka yang pelbagai hingga satu masa, anda buat keputusan untuk meninggalkan mad’u anda terkontang-kanting. Saat itu, ingatlah;

“Seorang Muslim apabila dia menggauli manusia, dan bersabar dengan kerenah atau ragam mereka, adalah lebih baik dari seorang Muslim yang tidak menggauli manusia dan tidak sabar dengan kerenah mereka”

(HR Tirmizi)

Allahu a’lam.