Wednesday, December 23, 2009

masih dihantui..

Alhamdulillah..setelah berhempas-pulas selama sebulan,akhirnya separuh daripada urusan penting(maksud saya SPM),saya telah selesai menyudahkannya.Lagi separuh,menunggu..bukan menunggu hanya tanpa usaha tapi dengan memohon kepada Dia yang maha pemberi segala sesuatu.Insya-Allah,natijahnya pasti yang terbaik buat kita.ameen~Namun meskipun urusanku itu sudah selesai,hampir setiap hari saya masih bermimpi saya akan mengambil SPM pada esok hari namun tanpa persediaan!!Maksudnya apa sih?Entah,saya masih tidak mengerti hingga sekarang.Terlalu takut barangkali.Sempena maal hjrah ini,saya ingin mengucapkan Salam maal hijrah,semoga azam yang kalian tetapkan,mudah-mudahan dapat dilaksanakan dengan jayanya,insya-Allah.Azam saya?menjadi insan yang lebih taqarrub billah-itu sudah pasti.Semua punya azam itu agar matlamat mencari keredaannya tercapai.Usahanya perlu seiring.janagan lupa ya!ingatan untuk saya juga.Lagi?Rancangan saya?STAM-Mesir/SPM-Jordon(syariah)/SPM-Jordan(finance).Ya.Manusia sentiasa dilema dalam pilihan.Tapi pilihan yang terbaik itu datangnya dari Allah.Penyelesaiannya,istikharah.Diiringi perbincangan dengan ibubapa sebab they know the BEST for us~

No comments:

Post a Comment