Friday, August 8, 2014

Rasa macam terlalu pentingkan diri sentiasa. Dan semakin ramai yang meninggalkan. Dan yang tinggal pun semakin meninggalkan.

Sedih amat sangat. Tapi terima sahaja. Lumrah dan fitrah untuk tidak bertahan untuk orang semacam aku.

Untuk setiap mereka yang telah dan akan meninggalkan, doa sentiasa bersama.
Semoga Allah memelihara kalian.

Maaf, kerana ungkapan maaf pun tidak terkeluar.
Maaf, kerana telah berjumpa orang semacam aku.
Maaf, kerana aku telah memasuki memori kamu.

Ketahuilah, dalam setiap fasa aku mementingkan diri itu, seseungguhnya aku telah berusaha sedaya mungkin. Cuma, aku terlalu malu untuk memaklumkan usaha itu.

Untuk itu, aku faham.
Terima kasih kerana telah menjadi sebahagian memori hidup.


No comments:

Post a Comment