Monday, August 8, 2011

Anak Muda

Anak muda.

Panggilan itu mungkin lebih dekat dengan diri saya. Jika mahu dibandingkan, 'remaja' dan 'mahasiwa' kurang merangsang diri saya apabila digunakan. Bagai angin lalu sahaja. Pantas saja baginda rasul Allah kerap menggunakan syabab sebagai panggilan. Hatta didalam kitabullah juga menggunakan fata (فتى) dalam memuji ashabul kahfi;
“Sesungguhnya mereka itu anak-anak muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan Kami tambahkan mereka dengan hidayah petunjuk” [al-Kahf 18: 13]

Anak muda. Itu saya.

Ya. Saya akui saya tidak menggunakan potensi sebagai anak muda sepenuhnya di dalam jalan dakwah. Lupa. Alpa. Sering menerima. Menunggu untuk menerima. Kurang memberi. Tidak proaktif. Lantas menjadi anak muda yang tidak muda lagi. Lesu. Menggunakan alasan tiada platform untuk mencurah tenaga dan ilmu. Satu tahun. Bukan satu jangka masa yang lama. Tetapi cukup lama untuk saya kembali berdiri. Atas sebab ini, saya rindu sekolah. Biah yang penuh tarbiah. Mad'u yang senang ditarbiyah. Tapi saya sedar, hakikat saya tidak berhenti di satu tempat. Satu titik. Mustahil. Bukan nama mujahadah jika tiada susah.
Sebagai anak muda, saya perlu bangkit. Guna sehabis mungkin potensi yang ada pada diri saya. Kadang kita perlu bangga diri untuk merangsang diri ke depan. Atau lebih tepat izzah dalam diri. Jangan terlampau merendah diri sampai kebelakang.

Pesan seorang murabbi secara tidak langsung kepada saya meyedarkan saya.
Meski beliau tidak lagi menjadi murabbi secara langsung, namun tetap sahaja kata-katanya menjadi himmah untuk anak muda yang serba kekurangan ini. Benarlah, seorang murabbi itu kata-katanya sentiasa terselit hikmah, bersedia mencurah ilmu walau tidak lagi manjadi murabbi secara langsung. Pesan beliau;

"Anak muda, hukum Allah bukan untuk diamalkan dihadapan ustaz dan ustazah sahaja, tetapi juga dihadapan manusia. Malu bukan pada ustaz@ustazah sahaja, tapi malulah pada semua manusia lebih2 lagi kepada Allah s.w.t."

Maka, dakwah, tarbiah juga bukan terhenti di satu tahap sahaja, tapi terus menerus hingga ke liang lahad. Malu kepada Allah andai anak muda teperap lesu menanti lanjutan usia, sedang kelebihan yang Allah berikan adalah lebih dari itu.

Ayuh kita rebut saham ANAK MUDA!


2 comments:

  1. up date selalu tau blog enti ni.. ana suke kalam enti yg berhikmah ni..

    ReplyDelete
  2. hehe. insyaAllah klu ada kelapangan dan idea.
    enti pun. ana rindukan nasihat dan mutiara kata dari enti. tidak dapat bersua, dapat ambil dari blog pun ok jugak :)

    ReplyDelete