Sunday, August 28, 2011

Koreksi Ramadhan

Ramadhan kini hampir tiba ke penghujungnya. Sedih. Memang sedih. Memikirkan adakah dapat kita bertemu lagi wahai Ramadhan? Adakah segala amalan sepanjang bulan ini diterima. Paling penting, apakah momentum ini dapat diteruskan? Apakah mampu mujahadah diteruskan?

Ramadhan membuka potensi diri.
Ya. Ramadhan sebenarnya membuktikan kita sebenarnya mampu. Melebihi apa yang kita fikirkan. Fitrah kita yang sebenar. Potensi yang tersembunyi. Buktinya, umat islam yamg merokok mampu untuk terus hidup tanpa rokok hampir selama 13 jam! Sedang ini adalah mustahil bagi mereka untuk bertahan selama itu bila di bulan-bulan yang lain. Tidak dapt merokok satu jam pun sudah resah gelisah. Tidak usah ambil contoh yang jauh. Kita sendiri. Jika di bulan ramadhan, 30 juzuk al-quran itu sudah dalam tangan untuk dikhatamkan dalam masa sebulan. Tapi, di bulan yang lain, 1 juzuk sebulan pun susah untuk kita habiskan. Qiam di bulan ramadhan. Setiap hari kita mampu. Di bulan lain? Liat sungguh.

Persoalan utama disini bukanlah merokok atau tidak merokok, khatam al-quran atau tidak dan qiam ataupun tidak tetapi mengapa kita mampu untuk lakukan semua itu dengan senang serta rela hati dalam bulan ramadhan tetapi cukup susah di bulan yang lain? Mengapa? kerana adat? sudah terbiasa dengan suasana ramadhan mungkin. Sebenarnya saya sendiri sedang mencari jawapan. Mungkin kerana niat. ya. Seringkali saya terlupa itu. Niat yang sering dipandang enteng tetapi sebenarnya membawa makna yang amat besar. Masakan tidak. Niat itu menjadi hadis yang pertama didalam kitab 40 hadis imam nawawi.
Bukanlah saya nak katakan salah untuk kita gandakan usaha di bulan ramadhan. Tidak, tidak sama sekali. Itu sebenarnya sudah sangat bagus tetapi mengapa momentumnya hanya terhenti setakat itu?

Akhirnya, selamat maju jaya dalam exam sebelas bulan yang mendatang.
Jika exam dalam zaman sekolah, belajar bertahun-tahun tetapi ujiannya tidak sampai 4 hari. UPSR contohnya, kita belajar selam 6 tahun tetapi ujiannya? tidak sampai seminggu.
Berbeza dengan pembelajaran kita dalam mengejar taqwa. Allah menyediakan madrasah ramadhan selama sebulan untuk kita pulun sehabisya, mendidik jiwa supaya terus kekal mujahadah untuk sebelas bulan yang mendatang.
Maka belajarlah elok-elok dalam madrasah sepanjang sebulan ini, dan buatlah sehabis baik dalam exam yang bakal berlangsung selama sebelas bulan. :)

Allahu a'lam.

4 comments:

  1. selalunya kita baru merasa berharganya Ramadhan apabila menyedari kita akan kehilangannya.. hihi.. teruskan semangat enti, orang muda!!

    ReplyDelete
  2. betul. macam lagu raihan ;
    apa yang ada jarang disyukuri
    apa yang tiada sering dirisaukan
    nikmat yang dikecap baru kan terasa bila hilang
    apa yang diburu timbul rasa jemu
    bila sudah di dalam genggaman :)

    ReplyDelete
  3. kalau ada masa, update ya..?
    sedang menanti ni..

    ReplyDelete
  4. enti.. update blog.. tegur ana yang lemah ni..
    ( cepat!cepat! ) >O<

    ReplyDelete