Sunday, July 20, 2014

lost.

"Bagaimana mampu wujud
Sunyi di riuh engkau berdiri
Satu per satu hilang ertinya
Berdikit-dikit menyesak dada mahu kau lari dan bersembunyi
Tapi mana kau harus pergi"

Yang hilang ertinya, aku kira bila di ramai kita lain, bila sendirian kita lain. Dan aku fikir kembali yang segala apa aku tengah lakukan apa hanya sekadar hammasah atau tersimpul sekali kefahaman dan fikrah yg jelas. Dan aku hilang dalam pergelutan ini.

"Kau selongkar bumi langit pertala
Sedang jawabnya lama kau ada
Maka perlu apa kau bongkar gali
Kalau cuma di letak tepi

"Apa kau cari yang sebetul-betulnya
Lama mana begini
Bertelanjang jiwanya
Apa kau cari yang sesungguh-sungguhnya
Malam siang berganti
Jawabnya tetap sama"

Aku kira, aku perlu mengatur langkah perlahan. Walau tahu ini bukan masanya, tapi aku perlu. Kerna aku penat menjadi dua muka. Hakikatnya aku sudah terlalu jauh. Jauh dari tuhan tapi berselindung di balik bayangan realiti yg hanyalah imaginasi.

Mungkin jawapan sudah ada tapi aku yang buat tak endah. Apa guna kau mencari andai sebtulnya tuhan belum betul hadir dalam setiap perbuatan?

"Sayu tak terjelas fikiran
Rebah tak tersambutkan
Kau tahu
Kau sayu
Kau rindu
Sama Tuhan"

Slowly slow. Semoga aku sampai.


P/s: yg dalam (") itu lirik lagu fynn jamal-tahu. Yg sangat menggambarkan realiti manusia. Kita.


1 comment:

  1. hilang. jumpa. hilang. tergantung apa yang dicari. andai itu Tuhan, kau tak pernah kehilangan.

    ReplyDelete